Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau mendapat maklumat mengenai kerjasama yang berlaku di antara pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional.
Kerjasama itu, menurut beliau, bertujuan untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu dan menggugurkan semua kes melibatkan Ahmad Zahid selain membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.